Monday, August 9, 2010

02 - saya dah habis puasa!!!

hah? puasa kan lagi 2 hari baru start. ko dah habis puasa dah? ko puasa ape? knp puasa ko lain ke?

ehehe...
Ehem, ehem..

saya, penyimpan mohor besar raja-raja dengan ini mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya caffeine pada tahun ini jatuh pada 9 Ogos 2010.

yes.

semenjak awal tahun baru haritu saya janji dengan diri saya. konon. disebabkan beberapa perkara yang dah belaku sebelum tahun baru haritu, saya berjanji untuk melatih diri saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin. (konon lagi). lantas, disebabkan sebelum tu tahap pengambilan caffeine saya dah telampau tinggi sehingga hampir dikategorikan sebagai penagih caffeine tegar, maka dengan itu saya melancarkan satu azam. Azam tahun baru lah kononnya. (konon lagi)

maka, peperangan antara kehendak dan keperluan bermula. sebagai pengganti nescafe saya minum teh tarik. (budget teh xde caffeine kan...) jadi.. sepanjang 8 bulan 8hari saya minum teh bagi menggantikan nescafe. saya xberapa kisah sangat memandangkan teh ais abg atan cafe kejut tu sedap. ya, sangat sedap. sampai saya mula ketagih dengan teh ais pula. owh...

selama 8 bulan 8 hari tu saya xkesah sangat dengan air nescafe mocha kedai adam tu. kalau dulu saya wajib beli satu tin yg berharga RM1.80 setiap hari. maklumlah. menagih tegar. tapi sekarang saya akan mengalihkan pandangan saya kepada air kotak susu Dutch Lady Low Fat ataupun 100Plus tangerine.

akibatnya, kos utk nescafe mocha itu telah disalurkan kepada cecair yang lain. dengan kadar kekerapan yang lebih rendah. kalau xsilap saya semester lepas saya minum 100plus tangerine tu lebih 15 botol. ah, maksud saya 15 botol 1.5 liter. huu.. loggokan botol 1.5l 100plus yang dah kosong mula bertambah di tepi meja belajar.

they said, 100plus also contain caffeine. mwahaha... ada saya kisah?

dan, dipendekkan cerita.. kerja kt xsite. tiap2 hari orang pesan air Old Town Hazelnut. ape yang sedap sangat sampai orang suka sangat nk minum air nih?! lantas...

pada tarikh 9 Ogos 2010. saya. Suhana Mohd Hanafie no matric A130598, telah menamatkan azam tahun baru saya dengan meminum air Old Town Hazelnut! urgh... rasa bersalah bukan main lagi.. minum seteguk, zapp.. hampir semua saraf bertindak. haha.. budget minum wiskey atau tuak nk rasa bersalah kan? tp rasa bersalah la gak...

oleh yang demikian, saya berjanji untuk mengurangkan, mengurangkan ok? bukan mengharamkan. aktiviti meminum air yang mengandungi caffeine atau dengan lebih tepat nescafe dan kopi.

akhir kata, NESCAFE ITU PERLU DIKURANGKAN. yes, that it!

4 comments: