Tuesday, August 10, 2010

03 - kegembiraan di awal Ramadhan.

ya.. hari ini saya sangat gembira. kenapa? semua yg berlaku hari ni buat saya gembira.
walaupun ada sedikit situasi di mana saya berasa kurang gembira. mungkin ini hikmat awal Ramadhan? mana kita tahu kan?

ya.. bermula dengan aktiviti awal pagi.

jam 0645:
solat subuh. lepas tu tido balek.(gembira 01)

jam 0800:
siap2 utk jaga xsite.
saya gembira kerana xterlewat bangun.

jam 0830:
naik bas ke pusanika, ukm.

jam 1100:
sorang akak staff UKM datang xsite nk beli 17 bungkus laksa utk meeting diorang. yee~ (gembira 02)

jam 1245:
berjalan ke DECTAR, jumpa Salwa and congrats her for her Convocation. then passed her the purple bouquet that she loves so much. (gembira 03)

jam 1330:
sempat kejar bas g FKAB. (gembira 04)

jam 1400:
khabar berita kelas UBBL (undang-undang bangunan) dibatalkan. saya agak kurang gembira dengan berita ini. sebab, kalau saya tahu awal confirm saya terus pulang ke bilik dan sambung tidur untuk mendapatkan kegembiraan ke 05.

jam 1930:
solat maghrib.
kelas Dr Zul. sangat menggembirakan. kami sangat gembira mengumpat QS dan juga mereka2 yang terlibat dalam projek pembinaan. kami mengumpat macam kami sangat hebat, walhal, kita semua manusia yang punya kelemahan. mana mungkin ada manusia sempurna tanpa salah dan silap. bukankah begitu? (tp kami masih sangat seronok berangan menjadi arkitek yang sempurna tanpa salah silap. yang silap tu semua orang lain. perasan dan berangan kami hebat. ya, sekali lagi. perasan yang kami hebat!)(gembira 05)

jam 2115:
pulang ke Zaba kolej terchenta menaiki bas dengan kawan sekelas, sembang2.

jam 2130:
sampai ke kolej. ah, esok puasa. nk tapau makanan lah. lantas berjalan lah saya ke kedai makan kolej.
ah, ada gerai baju dan alat hiasan bukak kt depan kedai, belek2 eh, ni connector henphone SE n earphone biasa!! lantas,ape lagi, memang saya dah lama carik connector tu. murah pulak tu. try2. wah!! it just fit! so, terpaksa beli. ohoho.
ah, sambung semula pasal makanan tadi. masuk2, saya jumpa kawan saya, daripada perancangan awal utk menapau berubah menjadi makan berhidang sambil mengumpat. yaa~ mengumpat lagi.

jam 2215:
saya sampai ke bilik dengan penatnya. mandi2. solat2. bukak tenet. dan satu keajaiban Jaring UKM malam ini. saya xperlu sign in! dia sign in terus.
ah, itu tidak mengapalah.
lantas, lepas check muka buku, journal kehidupan, n etc2. saya chat ngn along. kami mengumpat lagi. wah, sebelum bulan puasa mula; saya mengumpat secukupnya. hehe.
chatting dengan along, sembang2. ini kegembiraan tahap maksima. hehe, along nk belikan printer guna duit dia dulu memandangkan adik dia yang sengkek ini masih belum masuk loannya. hehehehe~ senyuman saya bukan main2. sangat lebar. TQ along. I love you so much!!!
janji, loan masuk nnt kak uda bayar ek. but for now, masuk buku 555 dulu. :)

jam 0000:
saya update blog ini utk menyatakan bertapa saya rasa gembira pada hari ini. inilah hikmat bulan Ramadhan. Alhamdulillah...

semoga dengan bermulanya bulan ini, saya akan menjadi lebih gembira, gembira ketika buat apa saja. mereka kata, kalau kita ikhlas, kita akan gembira. buat kerja yg kurang ikhlas pun akan jadi gembira.

oleh yang demikian: GEMBIRALAH KITA SEPUASNYA di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. semoga dengan kegembiraan ini, rasa lapar dan dahaga akan berkurangan. tp, utk dptkan kegembiraan ini, silalah ikhlas dengan apa yang kita buat. InsyaAllah~

Selamat Berpuasa.

No comments:

Post a Comment