Tuesday, August 17, 2010

04 - laporan cuti hujung minggu bersama keluarga

ohoho~
biasala kan. bulan ramadhan, mesti nak rasa masakan ibu sebagai juadah berbuka puasa. jadi kami adik beradik berlima yang berjauhan dari keluarga buat perancangan nak pulang ke kampung serentak pada 14 ogos 2010. knp 14 ogos? sebab hari tu hari sabtu! ohoho~

no lah.. no reason la... along yang buat planning mula2 utk sama2 balik kampung minggu tu, so kami mula merancang2 bagai. nk buat surprise lah, konon xnak bagitau mak n abah yang ktorg semua nk balik kampung, lepas tu xjadi, takut mak gelabah rumah xkemas. maklumlah, cucu2 mak n abah ni sangat suka membantu untuk mengemas rumah. Juan yang dah pandai berjalan, fahiem dah pandai merangkak laju. huu~ penat pusing2 rumah nk control diorg. rumah kalau satu level xpe. ni berlevel2. maksud berlevel di sini bukan lah rumah saya sampai 3 tingkat (walau hakikatnya memang 3 tingkat) cuma, 3 tingkat kami ialah gaya rumah kampung, yang ada ruang dapur, rumah ibu, ruang tengah dan juga anjung. hoho~

ok, ikut planing awal just nk bgtau mak yang angah sekeluarga aje nk balik.. padahal semua 2 keluarga dan 3 orang kami semua merancang nk sampai serentak! nk buat surprise jugak! :) alang incharged makanan ape nak buat juadah puasa hari sabtu tu, then ktorang semua planning nk berkumpul kat tg karang utk beli barang ramai2 sebelum serbu ke rumah. nk bg kejutan lah kononnya.

nk dijadikan cerita, akhirnya angah tukar rancangan. angah n sy bergerak pulang ke kampung malam jumaat. sebab nk memandu pagi sabtu tu mengantuk, katanya. ok lah. surprise satu dah batal. sekarang just nk tunggu alang n along sampai utk buat kejutan. lepas siap2 nk tidur, tetiba dengar bunyi kereta masuk halaman rumah. aik? sapa plak yang datang malam2 hari nih? sy tunggu2 la kot ade orang nk bukak pintu, tp xde pon. xpe lah. sy pon turun bukak pintu, tgok2 alang dgn fahiem dpn pintu. wahaha~ apakah? kata nk buat surprise? then mak n abah bangun sambut cucu ke-5 diorg. dipendekkan cerita, sebab kejutan tu dah xjadi, along sampai esok paginya seperti yang dirancang.

buka puasa pertama bersama keluarga mmg best, mcm2 plan. nak masak tu lah, nk masak ni lah. macam2. then alang sebagai bos incharge bahagian makanan n along gerak ke pasar utk beli bahan utk masak. ohoho..
konon nk makan masakan mak, tp kan, kesian la mak. xkn mak nk masak sorang2 pulak. abestu, ape guna anak2 dia balek ramai2 nih. so, ktorg masak sama2.. tung tang tung tang....

time masak macam biasa, bergosip lagi, pasal achik konvo, pastu tetiba mak cakap
"kak uda xpela, nanti jadi orang JOHOR.." owh apekah. ktorg semua gelak berdekah3 punya. mak suruh sy carik suami orang JOHOR!! owh, terpaksa la, lepas ni nk kena carik calon orang JOHOR sahaja!! sebenarnya, mak konpius tu, sbb awek achik orang JOHOR. (ohoho abg cik, ampun~ selamat hari raya :P )

lepas berjuang kt dapur ramai2, maka siaplah:

1) ikan siakap masak 3 rasa
2) sotong masak kunyit
3) ikan siakap goreng
4) kuih muih
5) yong tau fu
6) air tebu asli

n lain2 hidangan sampingan. lepas berbuka, seperti biasa sebagai anak gadis bongsu yang masih belum berkeluargaa dan tidak ada anak, saya dibuli oleh kakak2 ku. owh. seperti biasa. sila basuh pinggan! xpe, saya xkesah. lepas berbuka kami bersembang2 dan bermain2 dengan juan dan fahiem, sembang2, bergosip2, etc2.

hari ahad,

alhamdulillah semua pun berjaya bangun. lepas sahur n solat subuh, saya tidur balek. bangun tgh hari. owh~ heaven!

mandi2,sembang2 ngn mak, mak tidur, turun bawah main2 dengan kanak2 2org tu, sembang2 dengan along, alang, angah n achik, gosip2. ingtkan nk amek gambar raya siap2. maklumlah, raya tahun nih angah raya kt rumah mertua dia, so, xsemua dapat berkumpul time raya pertama nnt. hmm~

buka puasa lagi. hari ni mak masak gulai ikan tongkol, kerang masak cili api, ayam goreng berempah etc2. sangat sedap. saya sangat suka :)

lepas buka, kena kemas cepat2 sebab nk gerak balik ke rmh angah malam tu jugak. so around jam 2030 ktorg gerak balik. OTW ade la 1-2 excidents kt jalan sepanjang perjalanan tu. hujan turun renyai2. then sy tertidur dalam keta. angah kejut time dah sampai taman mulia. ok, angkut kuar barang, masuk bilik, minum susu suam, lepas tu tido.

tamat.

kesimpulannya, sangat best dapat puasa sama2 ramai2 lagi2 time bukak puasa. mmg heaven! mak abah, nnt raya confirm kak uda balek kampung sebab kak uda xde mertua lagi. hua3. 5 tahun lagi ok? ohoho~

4 comments:

  1. org johor??hehe..dont jowos2 pliss..lme ag tu sue 5 taon...tuwe dah tu..hehe

    ReplyDelete
  2. wahaha~ org johor. kalau jowo, kt kampung ak pon banyak. hoho~ ok aa tu.. 28 taun, da keje, da stabil. sempat nk balas jasa kt family dulu.. =)

    ReplyDelete
  3. hahaha..org johor...jauhnya kak uda..hehe
    betolla sue..5 taun lg lmbt aa..ktorg skang pon dh rs lmbat..haha :P

    ReplyDelete
  4. tu sbb korg dah keje. ak kan student lagi. lambat lagi nk settle down. mwahaha~

    ReplyDelete