Monday, August 23, 2010

05 - kisah mimpi.

pernah mimpi? mesti biasakan. xkisahlah mimpi panjang sebab tido lama atau secebis mimpi sebab terlayang tido dalam kelas. yang penting itu mimpi.

inception.

orang kata mimpi mainan tido.

betulke?

betul la jugak tu, sebab kita mimpi time tido je, mimpi ketika mata terbuka luas tu namanya berangan. daydreaming. mimpi jugak tu.

ada mimpi yang kita ingat even lepas kita bangun tido, or even ingt mimpi masa zaman kanak2 dulu sebab impak dia terlampau besar. biasanya latar tempat mimpi ni mostly tempat yang kita pernah pergi or selalu pergi or tempat2 yang ada dalam ingatan kita either sedar atau separa sedar. tp yang selalunya, mimpi2 sy latarnya akan blend 2-3 tempat yang berbeza, dan juga kumpulan manusia yang berbeza. dalam mimpi nih, dia jadi seolah2 dunia kita jadi satu.

lately sy mimpi budak2 skolah sy. sekolah rendah, menengah, or even kawan2 se-UKM saya pon masuk dalam mimpi tu. semua kawan baik pulak tu, lokasi dia sekolah menengah sy. sy clearly ingt bilik tu, tu bilik masa sy form 1. dorm C8. kenapa saya ingt mimpi ni. entah. mungkin saya rindu kawan2 sy. even kawan sy yang telah kembali ke Rahmatullah, Allahyarhamah Tim ada dalam mimpi tu. *Al-fatihah* rasanya da hampir setahun bedmate, semoga ko tenang di Sana, ak akan sentiasa rindu ko, Tim.

ok, kembali kepada kisah mimpi tadi, actually sy ingt mimpi masa sy skolah rendah (or tadika?, ntah, around that time) saya mimpi ada satu helicopter jatuh dekat rumah saya, owh, masa tu masih duduk kt rumah arwah Atuk, mangsa2 helicopter terhempas tu bertukar jadi tengkorak bergerak n kejar sy! owh. sy ingt saya lari dalam mimpi tu, tp x boleh nk lari. nk mengangis pon ada. mungkin, mimpi ni kesan daripada tgok cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Pendekar Bujang Lapok. kan ada scene yang kt kubur tu, yang tengkorak menari2 tu. haa.. mcm tu lah. scary siot. sampai skrg mimpi tu sy ingt.

cakap pasal research yang org lain da buat pasal mimpi, katanya sesetengah mimpi ada maknanya. antara yg glamor n sy ingt ialah:

1) kalau mimpi ular maksudnya ada org nk datang meminang.
2) kalau mimpi mimpi mati maksudnya akan dapat umur panjang.

etc2.

kalau search kt internet 'rahsia mimpi' puluhan pages keluar pasal mimpi shj. semuanya. segala explanation pasal mimpi ada. even the slightest. nk kata saya percaya, mungkin sesetengah. tidak semua. sebab ada yang macam terlampau ridiculous.
tp, itu semua bergantung.

here some scrib yang pakar (?) dah tafsirkan. kebenarannya? Wallaahua'lam...


Tafsiran Mimpi Menurut Islam


mimpi yang sangat pelbagai n komplikasi menjadi teman tido. kadang2 tu kalau mimpi best, sampai terasa nk sambung tido, dengan harapan mimpi tadi ada sequel dia. lawak bukan. dia dah jadi semacam slot drama sampingan masa tido. kejadian seperti inilah yang menyebabkan kita terlajak waktu Solat Subuh. Owh mimpi.

sy bukanlah pakar mimpi. cuma bila sy bangun dari tido dan sy ingt mimpi sy, sy mula kagum dengan kuasa minda di luar sedar ni. sapa yang arrange mimpi dalam tidur kita? minda separa sedar? syaitan durjana? ataupun Allah Yang Maha Esa? haa.. ini mungkin bergantung jugak dengan timing tidur tersebut. kalau tido time maghrib sah2 bukan masa yang baik. pendek kata yang baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk tu dari kelemahan kita sendiri. bukan begitu?

ok, dari mimpi kita beralih kepada cerita Inception yang menjadi kegilaan sesetengah makhluk di sekitar sy. maaflah, sy bukanlah penggemar movie. terutamanya movie begini. jelas sy nyatakan di sini, saya belum tengok INCEPTION sampai habis! baru tengok 15 minit sy dah mula pause, then bukak window lain. saya xkata cerita ni bosan, mungkin cerita ni bukan gaya saya. lets just hope, next 2 year saya akan berjaya habiskan menonton cerita ini dengan sepenuh hati. mereka kata Inception cerita pasal mimpi, mimpi yang dirancang n solid, di mana orang yang 'dimimpikan' almost believe yang mimpi tu satu realiti. mungkin begitu. ok, biarkan.

kesimpulannya,

haa...


sekarang, terasa nk tido. kelas Jam 1100. lets just hope saya akan terjaga nnt.

ok, good morning!

Tuesday, August 17, 2010

04 - laporan cuti hujung minggu bersama keluarga

ohoho~
biasala kan. bulan ramadhan, mesti nak rasa masakan ibu sebagai juadah berbuka puasa. jadi kami adik beradik berlima yang berjauhan dari keluarga buat perancangan nak pulang ke kampung serentak pada 14 ogos 2010. knp 14 ogos? sebab hari tu hari sabtu! ohoho~

no lah.. no reason la... along yang buat planning mula2 utk sama2 balik kampung minggu tu, so kami mula merancang2 bagai. nk buat surprise lah, konon xnak bagitau mak n abah yang ktorg semua nk balik kampung, lepas tu xjadi, takut mak gelabah rumah xkemas. maklumlah, cucu2 mak n abah ni sangat suka membantu untuk mengemas rumah. Juan yang dah pandai berjalan, fahiem dah pandai merangkak laju. huu~ penat pusing2 rumah nk control diorg. rumah kalau satu level xpe. ni berlevel2. maksud berlevel di sini bukan lah rumah saya sampai 3 tingkat (walau hakikatnya memang 3 tingkat) cuma, 3 tingkat kami ialah gaya rumah kampung, yang ada ruang dapur, rumah ibu, ruang tengah dan juga anjung. hoho~

ok, ikut planing awal just nk bgtau mak yang angah sekeluarga aje nk balik.. padahal semua 2 keluarga dan 3 orang kami semua merancang nk sampai serentak! nk buat surprise jugak! :) alang incharged makanan ape nak buat juadah puasa hari sabtu tu, then ktorang semua planning nk berkumpul kat tg karang utk beli barang ramai2 sebelum serbu ke rumah. nk bg kejutan lah kononnya.

nk dijadikan cerita, akhirnya angah tukar rancangan. angah n sy bergerak pulang ke kampung malam jumaat. sebab nk memandu pagi sabtu tu mengantuk, katanya. ok lah. surprise satu dah batal. sekarang just nk tunggu alang n along sampai utk buat kejutan. lepas siap2 nk tidur, tetiba dengar bunyi kereta masuk halaman rumah. aik? sapa plak yang datang malam2 hari nih? sy tunggu2 la kot ade orang nk bukak pintu, tp xde pon. xpe lah. sy pon turun bukak pintu, tgok2 alang dgn fahiem dpn pintu. wahaha~ apakah? kata nk buat surprise? then mak n abah bangun sambut cucu ke-5 diorg. dipendekkan cerita, sebab kejutan tu dah xjadi, along sampai esok paginya seperti yang dirancang.

buka puasa pertama bersama keluarga mmg best, mcm2 plan. nak masak tu lah, nk masak ni lah. macam2. then alang sebagai bos incharge bahagian makanan n along gerak ke pasar utk beli bahan utk masak. ohoho..
konon nk makan masakan mak, tp kan, kesian la mak. xkn mak nk masak sorang2 pulak. abestu, ape guna anak2 dia balek ramai2 nih. so, ktorg masak sama2.. tung tang tung tang....

time masak macam biasa, bergosip lagi, pasal achik konvo, pastu tetiba mak cakap
"kak uda xpela, nanti jadi orang JOHOR.." owh apekah. ktorg semua gelak berdekah3 punya. mak suruh sy carik suami orang JOHOR!! owh, terpaksa la, lepas ni nk kena carik calon orang JOHOR sahaja!! sebenarnya, mak konpius tu, sbb awek achik orang JOHOR. (ohoho abg cik, ampun~ selamat hari raya :P )

lepas berjuang kt dapur ramai2, maka siaplah:

1) ikan siakap masak 3 rasa
2) sotong masak kunyit
3) ikan siakap goreng
4) kuih muih
5) yong tau fu
6) air tebu asli

n lain2 hidangan sampingan. lepas berbuka, seperti biasa sebagai anak gadis bongsu yang masih belum berkeluargaa dan tidak ada anak, saya dibuli oleh kakak2 ku. owh. seperti biasa. sila basuh pinggan! xpe, saya xkesah. lepas berbuka kami bersembang2 dan bermain2 dengan juan dan fahiem, sembang2, bergosip2, etc2.

hari ahad,

alhamdulillah semua pun berjaya bangun. lepas sahur n solat subuh, saya tidur balek. bangun tgh hari. owh~ heaven!

mandi2,sembang2 ngn mak, mak tidur, turun bawah main2 dengan kanak2 2org tu, sembang2 dengan along, alang, angah n achik, gosip2. ingtkan nk amek gambar raya siap2. maklumlah, raya tahun nih angah raya kt rumah mertua dia, so, xsemua dapat berkumpul time raya pertama nnt. hmm~

buka puasa lagi. hari ni mak masak gulai ikan tongkol, kerang masak cili api, ayam goreng berempah etc2. sangat sedap. saya sangat suka :)

lepas buka, kena kemas cepat2 sebab nk gerak balik ke rmh angah malam tu jugak. so around jam 2030 ktorg gerak balik. OTW ade la 1-2 excidents kt jalan sepanjang perjalanan tu. hujan turun renyai2. then sy tertidur dalam keta. angah kejut time dah sampai taman mulia. ok, angkut kuar barang, masuk bilik, minum susu suam, lepas tu tido.

tamat.

kesimpulannya, sangat best dapat puasa sama2 ramai2 lagi2 time bukak puasa. mmg heaven! mak abah, nnt raya confirm kak uda balek kampung sebab kak uda xde mertua lagi. hua3. 5 tahun lagi ok? ohoho~

Tuesday, August 10, 2010

03 - kegembiraan di awal Ramadhan.

ya.. hari ini saya sangat gembira. kenapa? semua yg berlaku hari ni buat saya gembira.
walaupun ada sedikit situasi di mana saya berasa kurang gembira. mungkin ini hikmat awal Ramadhan? mana kita tahu kan?

ya.. bermula dengan aktiviti awal pagi.

jam 0645:
solat subuh. lepas tu tido balek.(gembira 01)

jam 0800:
siap2 utk jaga xsite.
saya gembira kerana xterlewat bangun.

jam 0830:
naik bas ke pusanika, ukm.

jam 1100:
sorang akak staff UKM datang xsite nk beli 17 bungkus laksa utk meeting diorang. yee~ (gembira 02)

jam 1245:
berjalan ke DECTAR, jumpa Salwa and congrats her for her Convocation. then passed her the purple bouquet that she loves so much. (gembira 03)

jam 1330:
sempat kejar bas g FKAB. (gembira 04)

jam 1400:
khabar berita kelas UBBL (undang-undang bangunan) dibatalkan. saya agak kurang gembira dengan berita ini. sebab, kalau saya tahu awal confirm saya terus pulang ke bilik dan sambung tidur untuk mendapatkan kegembiraan ke 05.

jam 1930:
solat maghrib.
kelas Dr Zul. sangat menggembirakan. kami sangat gembira mengumpat QS dan juga mereka2 yang terlibat dalam projek pembinaan. kami mengumpat macam kami sangat hebat, walhal, kita semua manusia yang punya kelemahan. mana mungkin ada manusia sempurna tanpa salah dan silap. bukankah begitu? (tp kami masih sangat seronok berangan menjadi arkitek yang sempurna tanpa salah silap. yang silap tu semua orang lain. perasan dan berangan kami hebat. ya, sekali lagi. perasan yang kami hebat!)(gembira 05)

jam 2115:
pulang ke Zaba kolej terchenta menaiki bas dengan kawan sekelas, sembang2.

jam 2130:
sampai ke kolej. ah, esok puasa. nk tapau makanan lah. lantas berjalan lah saya ke kedai makan kolej.
ah, ada gerai baju dan alat hiasan bukak kt depan kedai, belek2 eh, ni connector henphone SE n earphone biasa!! lantas,ape lagi, memang saya dah lama carik connector tu. murah pulak tu. try2. wah!! it just fit! so, terpaksa beli. ohoho.
ah, sambung semula pasal makanan tadi. masuk2, saya jumpa kawan saya, daripada perancangan awal utk menapau berubah menjadi makan berhidang sambil mengumpat. yaa~ mengumpat lagi.

jam 2215:
saya sampai ke bilik dengan penatnya. mandi2. solat2. bukak tenet. dan satu keajaiban Jaring UKM malam ini. saya xperlu sign in! dia sign in terus.
ah, itu tidak mengapalah.
lantas, lepas check muka buku, journal kehidupan, n etc2. saya chat ngn along. kami mengumpat lagi. wah, sebelum bulan puasa mula; saya mengumpat secukupnya. hehe.
chatting dengan along, sembang2. ini kegembiraan tahap maksima. hehe, along nk belikan printer guna duit dia dulu memandangkan adik dia yang sengkek ini masih belum masuk loannya. hehehehe~ senyuman saya bukan main2. sangat lebar. TQ along. I love you so much!!!
janji, loan masuk nnt kak uda bayar ek. but for now, masuk buku 555 dulu. :)

jam 0000:
saya update blog ini utk menyatakan bertapa saya rasa gembira pada hari ini. inilah hikmat bulan Ramadhan. Alhamdulillah...

semoga dengan bermulanya bulan ini, saya akan menjadi lebih gembira, gembira ketika buat apa saja. mereka kata, kalau kita ikhlas, kita akan gembira. buat kerja yg kurang ikhlas pun akan jadi gembira.

oleh yang demikian: GEMBIRALAH KITA SEPUASNYA di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. semoga dengan kegembiraan ini, rasa lapar dan dahaga akan berkurangan. tp, utk dptkan kegembiraan ini, silalah ikhlas dengan apa yang kita buat. InsyaAllah~

Selamat Berpuasa.

Monday, August 9, 2010

02 - saya dah habis puasa!!!

hah? puasa kan lagi 2 hari baru start. ko dah habis puasa dah? ko puasa ape? knp puasa ko lain ke?

ehehe...
Ehem, ehem..

saya, penyimpan mohor besar raja-raja dengan ini mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya caffeine pada tahun ini jatuh pada 9 Ogos 2010.

yes.

semenjak awal tahun baru haritu saya janji dengan diri saya. konon. disebabkan beberapa perkara yang dah belaku sebelum tahun baru haritu, saya berjanji untuk melatih diri saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin. (konon lagi). lantas, disebabkan sebelum tu tahap pengambilan caffeine saya dah telampau tinggi sehingga hampir dikategorikan sebagai penagih caffeine tegar, maka dengan itu saya melancarkan satu azam. Azam tahun baru lah kononnya. (konon lagi)

maka, peperangan antara kehendak dan keperluan bermula. sebagai pengganti nescafe saya minum teh tarik. (budget teh xde caffeine kan...) jadi.. sepanjang 8 bulan 8hari saya minum teh bagi menggantikan nescafe. saya xberapa kisah sangat memandangkan teh ais abg atan cafe kejut tu sedap. ya, sangat sedap. sampai saya mula ketagih dengan teh ais pula. owh...

selama 8 bulan 8 hari tu saya xkesah sangat dengan air nescafe mocha kedai adam tu. kalau dulu saya wajib beli satu tin yg berharga RM1.80 setiap hari. maklumlah. menagih tegar. tapi sekarang saya akan mengalihkan pandangan saya kepada air kotak susu Dutch Lady Low Fat ataupun 100Plus tangerine.

akibatnya, kos utk nescafe mocha itu telah disalurkan kepada cecair yang lain. dengan kadar kekerapan yang lebih rendah. kalau xsilap saya semester lepas saya minum 100plus tangerine tu lebih 15 botol. ah, maksud saya 15 botol 1.5 liter. huu.. loggokan botol 1.5l 100plus yang dah kosong mula bertambah di tepi meja belajar.

they said, 100plus also contain caffeine. mwahaha... ada saya kisah?

dan, dipendekkan cerita.. kerja kt xsite. tiap2 hari orang pesan air Old Town Hazelnut. ape yang sedap sangat sampai orang suka sangat nk minum air nih?! lantas...

pada tarikh 9 Ogos 2010. saya. Suhana Mohd Hanafie no matric A130598, telah menamatkan azam tahun baru saya dengan meminum air Old Town Hazelnut! urgh... rasa bersalah bukan main lagi.. minum seteguk, zapp.. hampir semua saraf bertindak. haha.. budget minum wiskey atau tuak nk rasa bersalah kan? tp rasa bersalah la gak...

oleh yang demikian, saya berjanji untuk mengurangkan, mengurangkan ok? bukan mengharamkan. aktiviti meminum air yang mengandungi caffeine atau dengan lebih tepat nescafe dan kopi.

akhir kata, NESCAFE ITU PERLU DIKURANGKAN. yes, that it!

Sunday, August 8, 2010

01 - in this blog u will find...

yeah.. that is!!!
this thing does happen when you are too bored and got nothing better to do.

livejournal.com
imeem.com
vox.com

now,
blogger.com

updating? all based on my mood.

what the main thing you can find in this blog?
yeah.. as usual.
my life,
my things,
my favorite thing,
things i love,
who i love...

and maybe,

a little bit of my own thoughts and opinions,
the way i'm viewing things surrounding me,
and a bit.. too bit of current info.

and..

that it.