Monday, January 17, 2011

abang and angah (continue…)

Abang,

sejak bila la kak uda panggil abang; along ek? kak uda pon konfius. dulu masa kecik-kecik orang panggil angah – angah, alang – alang, pastu kak uda orang panggik Nana pulak. terus xpuas hati. nak jugak orang panggil dengan nama gelaran tu. sekarang abah ngn alang je kengkadang panggil kak uda Nana. abang pon dulu orang panggil abg me, kak uda tertanya-tanya gak kenapa xpanggil ‘Along’ je. kan molek. baru la lengkap. kalau abang perasan kak uda kengkadang mesej abang kak uda either tulis ‘along’ or ‘abg’. terasa janggal pulak nak panggil abg as abg me. and kalau abang perasan jugak, sebenarnya abgchik ngn angah pon macam tu jugak. hehe. kesian kitorag. lepas nih, panggil abg – abang je lah. kalau tersasul jadi along tu, terima je lah.

teringat ada satu babak ketika dalam kereta abg dulu, xde la dulu sgt, ada la 1-2 tahun lepas. time abg baru nk bukak kedai tu. kak uda tanya, ‘kalau abg boleh patah balik masa abg nk buat ape?’ abg jawab, ‘kalau boleh patah balik masa, abg nk bukak CC tu awal-awal lagi’ lebih kurang macam tu la abang jawab. relaks lah bang, sekarang pun abg bukanlah tua sgt pon. baru 30-an. perut maintain lagi. senyuman masih manis. kak uda doakan abang punya perniagaan berjalan lancar dan maju hendaknya.

kak uda rasa kita xde la rapat sgt masa kak uda sekolah rendah n sekolah menengah. sbb masa kak uda sekolah rendah abg dah masuk asrama, pastu bila kak uda sekolah menengah abg dah ada keluarga sendiri. rasanya, lepas henpon mula wujud dan glamor kat Malaysia nih baru la kita sms-sms. kan? (teringt henpon alcatel alang. yang boleh tukar lampu screen dia jadi biru, kuning n pink tu, time tu itu dah kira maju dah tu. sekarang henpon abg la yang maju, kak uda xkesah sgt.) ngeh3.

btw, kak uda doakan abg bahagia dgn hidup abg sekarang. pasal ape2 yg xbest antara kita dulu tu, I’m sooo sorry. ok? ampunkan patik. sayang abg.

(abang n alang)image

Angah,

sayang agh, my only sister. (I mean, kakak kandung!) hehe… banyak kenangan dgn agh. rasanya kak uda banyak spend masa dengan agh berbanding dgn yang lain. masa sekolah dulu surat agh adalah benda yang kak uda nanti-nantikan setiap minggu. boleh kata lepas je pass surat kat prefect lepas perhimpunan pagi kak uda akan mula mengunjungi office seminggu kemudian nk collect reply dr agh.

banyak luahan perasaan dalam surat2 tu kan? angah still simpan ke surat2 kak uda kat angah? kalau ada, sorok la kt mana2 bg kak uda xjumpa. terasa segan nk baca balik kalau terjumpa. mcm2 cerita n sejarah dlm surat2 tu. kan?

hehe… sekarang, ntah mana ntah surat2 yang angah kirim kt kak uda dulu tu. huhu, sebelum pindah rumah aritu kak uda ingt lagi lokasi dia. tapi sebab time pindah n demolition rumah tu kak uda xde, so kak uda da lost contact ngn surat2 tu. ampun… tapi, kak uda akan ingt kenangan surat menyurat kita sampai tua. terima kasih kt POS Malaysia sebab menghubungkan kita time tu. ngeh3.

then, lepas angah ada henpon 310 dengan sim card rm120 tu kak uda mula rajin nk tepon angah kt public phone dekat dengan dewan makan skolah kak uda lepas prep class. sanggup beratur panjang. no. henpon angah ialah nombor henpon pertama yang kak uda hafal. even sampai sekarang. (no phone mak pon kak uda conpius lagi sampai sekarang) thanks to NOKIA and MAXIS. lol

angah ingat x kak uda pernah mintak angah belikan buku harry potter dulu? hehe… naïve kan? comel kan? sori2… itulah kan, masa mematangkan kita, bukan menuakan kita. bila fikir balik. seriously, sgtlah lawaknya kisah itu. lets just laugh it off..

sekarang, angah still the best sis ever. tempat mengadu, tempat bertanya soalan, tempat mendapatkan sokongan/bantuan kewangan, tempat meluahkan perasaan etc2. love u so much! dan maaf banyak2 masa kak uda call angah pukul 6 pagi suatu masa itu (yes, that time!) buat angah cuak. time tu mmg kak uda dah kt abyss depression dah. haha… ampun! thanks for being there, thanks for ur support up to this time. lets continue to support each other in the future as well. for the happiness and the worse. love u.

image

to be continue…

Sunday, January 16, 2011

of 24, abah and mak.

Abah,

Sayang abah. kak uda ingat lagi time kecik dulu kalau kak uda demam sure abah riba kak uda. sekarang, nak duduk kat riba abah? mahu patah kaki abah nanti.

Terima kasih sebab jaga kak uda, layan kehendak kak uda time kak uda belaja jauh dulu. kesian abah, nk kena datang jauh-jauh dari Tg Karang ke SP semata-mata sebab kak uda nk balik hujung tahun, konon barang banyak dan xde tempat nk simpan. tapi, sebenarnya kak uda yang xberapa panjang akal lagi time tu. boleh je kalau nk tumpang rumah kawan. al-maklumlah, masa tu baru tingkatan 1, jadi ampunkanlah ketidakmatangan kak uda ketika itu.

dulu terasa abah sangat garang, tengok misai putih abah je dah gerun, apatah lagi nak mintak macam-macam. tapi sekarang bila dah besar, kita dah boleh sembang-sembang pasal isu semasa kat kampung. walau kak uda tak kenal pakcik-pakcik yang abah sebut tu, tapi kak uda ye kan jugak. tanda kak uda paham jalan cerita dan watak-watak tersebut, cuma kak uda xberapa kenal orang kampung kita.

bila abah tanya bila kak uda nak abes belajar dan kak uda jawab lagi setahun setengah, abah kata ‘lambat lagi…’ ye bah, lambat lagi. tapi, kak uda tengah berusaha. kak uda pon xnk belajar lama-lama. nak gak merasa duit hasil kerja sendiri.

haish… bila lah…

image

Mak,

Sayang mak. terima kasih sebab lahirkan kak uda. terasa kak uda kurang sangat dok bawak ketiak mak. yelah. time baru nak kenal dunia dah terpaksa pegi belajar jauh-jauh. lama pulak tuh. lebih kurang 7 tahun kan? lepas tu masuk U pulak. even U yang dekat kak uda jarang balik cuti semester. ntah sapalah buat silibus kat jabatan tuh. time cuti semester macam-macam hal dia nak buat. Short Sem lah, latihan industri lah..

tapi tulah. bila kak uda dengar somewhere yang kata ‘kalau anda buat ibu/bapa anda telefon anda maksudnya anda dah jadi anak yang derhaka sebab jarang telefon mak ayah anda.’ so kak uda pon cakap lah kat mak, ‘mak jangan telefon kak uda tau, biar kak uda yang telefon mak. kak uda tak nak jadi anak derhaka.’ kak uda cakap macam tuh kat mak lebih kurang 3 tahun lepas kot. then lepas tu kak uda boleh kira berapa kali mak telefon kak uda. nak kata kak uda rajin telefon mak tu xde la jugak. sebulan ade lah dalam 3-4 kali kot. xpe, lepas nih, even kak uda xtepon pon, kak uda akan mesej mak. :) mak jawab tau. sayang mak.

kalau kak uda kt umah, time malam-malam lepas maghrib kita selalu tgok tv sama-sama sambil berlengkar. so sebagai anak perempuan bongsu yang manja kak uda selalu nak baring kat riba mak. hehe. baring dekat-dekat menempel bawah ketiak mak. sorilah mak, tu sebab kak uda nak lepaskan gian pasal dulu xde kesempatan nak dok dekat-dekat dengan mak.

mak suka bagitau ending cerita-cerita kat TV yang mak dah tgok. even adik pon setuju dengan kak uda. hehe. xpe kak uda xkesah. kak uda suka dengar mak bagi komen-komen mak time tgok berita or even drama slot akasia petang-petang tu. bila kak uda baru nak tertarik dan tertanya-tanya babak seterusnya, mak terus bagitau ‘jap lagi hero dia derma hati dia kat budak tu, lepas tu mati’ oh omak den. I love U so much!!!

image

to be continue…

Saturday, January 15, 2011

Tuesday, December 28, 2010

12 - 3…2…1… START!!!

image

Heh,

another re-start for me. a new semester.. even dah nak masuk 2 minggu dah... tapi still awal semester kan...

ok, highrise... sekali lagi.. ini adalah sesi membalas dendam..

sebab kau pointer ak jatuh merudum... even ak (rasa) dah berusaha nk naikkan balik pointer ak sem lepas, still xboleh nak naik banyak... kejam betul!!!

ok... sekarang yang tinggal design sahaja.. subjek semua dah habis. dengan harapan, dengan pengetahuan yang dah ada, pengalaman yang lepas dan masa yang terluang tanpa kelas-kelas lain, makanya boleh la nk score.. (insyaAllah)

ok...(lagi) esok ada presentation.

1) Precedent Study -Council House 2, CH2

2) Site analysis.

makanya... berusahalah...

quote from 'Freeter, Ie wo kau' :

' itsu kara starto wa dekiru!'

(you can start anew anytime!)

so,

gambatte!

Wednesday, November 24, 2010

11 - yay! alhamdulillah…

ya, settle sudah semua assignment yang tertangguh, ditangguhkan, ditangguhkan bersebab, tertangguh tanpa sebab dan sebagai sebagainya. Ops!

semua permintaan sepanjang 1 semester nih daripada 5 tok guru telah ditunaikan. sama ada mereka terima dengan jayanya atau tidak, itu tidak tahu. yang pasti, bila I buat assignment I buat sepenuh hati even I sgt malas pada mulanya. Open-mouthed smile

jadi, mari mulakan cuti yang pendek ini dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

image

ah, esok (26th Nov 2010) birthday Ohno!Birthday cake Ops~ pakcik nih dah umur 30 tahun dah. semoga kekal comel dan muda selalu.. Red heartRed heartRed heart

adios amigo!

10 - tips KETIKA MENJAWAB exam.

Merujuk kepada post saudari Alyaa. sila baca.

dah?
haa, itu kalau sebelum exam dah kalut tak tau nk buat apa sampai tahap terketar2..

ni i nk bagi tips KETIKA MENJAWAB EXAM!

Jawab soalan ketika exam mudah kalau anda tahu jawapan.

tapi,
kalau tak tahu jawapan nk buat apa?
buat lah begini.


1) bagi soalan math, sila jawab soalan tersebut secara logik. LOGIK!
Contoh:
moz-screenshot-2

kalau soalan suruh expand, sila expand persamaan tersebut.

atau,

image

menggunakan teknik merujuk kepada soalan2 yang lain. sure ada yang lebih kurang.

atau,

image

selesaikan dengan kaedah memotong kedua2 belah persamaan untuk menyeimbangkan persamaan tersebut.

atau,

image

mengecilkan pecahan dengan cara mengecilkan penyebut dan pengangka.

2) bagi soalan fizik pula, sila gunakna pemahaman anda terhadap konsep kehidupan.

image

dengan memahami bagaimana arus terus dan arus ulang alik berfungsi anda boleh faham bagaimana kapasitor berfungsi.

atau,

image

menjelaskan dalam bentuk gambarajah dan lakaran ringkas.

3) bagi soalan subjektif

bagi subjek2 atau soalan2 yang memerlukan anda untuk mengarang secara panjang lebar dan ayat berbunga2. sila menjawab soaln tersebut tanpa meninggalkan satu isi penting pun.

image

sila jawab jugak semua soalan. untuk pengetahuan anda, pemeriksa kertas exam (cikgu or pensyarah) adalah dibayar untuk membaca jawapan calon peperiksaan. so jawab. jangan tinggal. anda mungkin mendapat 1-2 markah atas daya usaha tersebut.

atau,

image

menjawab soalan yang memerlukan fakta secara logik sehingga pemeriksa sendiri tertanya2 tentang jawapan soalan yang sebenar.

so, selamat mencuba!!!

JGN TINGGALKAN SOALAN TANPA JAWAPAN!!!

SUMBER: here

Wednesday, November 10, 2010

09 - of Mother and tears

yo!

malam tadi saya menangis lagi. sambil multi-tasking saya menagis. sambil baca nota, sambil baca subtitle, sambil lap air mata. oh!

nak dipendekkan cerita, sejak semalam mood saya sgt angsty. berusaha carik drama jepun yang tahap leleh. kol 2 pagi semalam terjumpa la satu drama nih, mmg berminat nak tgok sejak dia kuar. tapi masa tu ade priority lain. so langsung lupa nk tgok. tajuk dia 'Mother'. yes, mak, ibu, mama, ummi, bonda etc2.

'MOTHER'

then, aktiviti mendownload pon bermula. saya download dari Tudou, streaming site, size dia kecik sket, internet pon tgh laju, around 3 jam 11 episode drama siap didownload.
untuk menambahkan lagi perasa, saya carik substitle dia kat d-addict. kamu2 yang xbiasa dengan aktiviti mendownload maybe xtau. kt sini, boleh dikatakan semua substitle ada. english, jepun, china, korea, india, hebrew, etc2 semua ada kat sini. (kalau ada org upload subs dia la!)

so dah settle aktiviti mendownload, trus tgok. aliran air mata pertama masa tgok "Freeter, Ie wo kao' maksudnya, 'part-timer buy a house'. Nino belakon. sedih. lantas mengalir air mata. lepas tu tgok 'Nagareboshi' Yutaka Takenouchi berlakon. owh, menangis lagi.

then, lepas subuh tadi ingat xnk tdo. owh lupa nak bagitau. hari khamis (ah, dah ahri khamis!) saya ada EXAM last paper!!!. nak mati kau. cadangnya nak study. amek la buku, pegang buku, sebelah tangan pegang mouse, then ter-tgok la 'Mother' ep01...
lepas puas nangis, tersambung ep02, then tertido. bangun2 terus mandi n carik lunch. ahaha. then time makan, sambung lagi tgok ep03. sampai tadi pukul 10 tamat sudah 11 episode. oh!

di ingatkan sekali lagi, EXAM jam 330 ptg kejap lagi!!! sila study!!!

tapi, cerita Mother tu memang layan. padanlah menang banyak award kat jepun and rating yang tinggi. haa.. ok, nk sambung study.

wish me luck!

Oh, kalau rajin try la tgok drama nih. sangat heart-warming, heart-breaking and membangkitkan naluri keibuan. haha