Abah,
Sayang abah. kak uda ingat lagi time kecik dulu kalau kak uda demam sure abah riba kak uda. sekarang, nak duduk kat riba abah? mahu patah kaki abah nanti.
Terima kasih sebab jaga kak uda, layan kehendak kak uda time kak uda belaja jauh dulu. kesian abah, nk kena datang jauh-jauh dari Tg Karang ke SP semata-mata sebab kak uda nk balik hujung tahun, konon barang banyak dan xde tempat nk simpan. tapi, sebenarnya kak uda yang xberapa panjang akal lagi time tu. boleh je kalau nk tumpang rumah kawan. al-maklumlah, masa tu baru tingkatan 1, jadi ampunkanlah ketidakmatangan kak uda ketika itu.
dulu terasa abah sangat garang, tengok misai putih abah je dah gerun, apatah lagi nak mintak macam-macam. tapi sekarang bila dah besar, kita dah boleh sembang-sembang pasal isu semasa kat kampung. walau kak uda tak kenal pakcik-pakcik yang abah sebut tu, tapi kak uda ye kan jugak. tanda kak uda paham jalan cerita dan watak-watak tersebut, cuma kak uda xberapa kenal orang kampung kita.
bila abah tanya bila kak uda nak abes belajar dan kak uda jawab lagi setahun setengah, abah kata ‘lambat lagi…’ ye bah, lambat lagi. tapi, kak uda tengah berusaha. kak uda pon xnk belajar lama-lama. nak gak merasa duit hasil kerja sendiri.
haish… bila lah…
Mak,
Sayang mak. terima kasih sebab lahirkan kak uda. terasa kak uda kurang sangat dok bawak ketiak mak. yelah. time baru nak kenal dunia dah terpaksa pegi belajar jauh-jauh. lama pulak tuh. lebih kurang 7 tahun kan? lepas tu masuk U pulak. even U yang dekat kak uda jarang balik cuti semester. ntah sapalah buat silibus kat jabatan tuh. time cuti semester macam-macam hal dia nak buat. Short Sem lah, latihan industri lah..
tapi tulah. bila kak uda dengar somewhere yang kata ‘kalau anda buat ibu/bapa anda telefon anda maksudnya anda dah jadi anak yang derhaka sebab jarang telefon mak ayah anda.’ so kak uda pon cakap lah kat mak, ‘mak jangan telefon kak uda tau, biar kak uda yang telefon mak. kak uda tak nak jadi anak derhaka.’ kak uda cakap macam tuh kat mak lebih kurang 3 tahun lepas kot. then lepas tu kak uda boleh kira berapa kali mak telefon kak uda. nak kata kak uda rajin telefon mak tu xde la jugak. sebulan ade lah dalam 3-4 kali kot. xpe, lepas nih, even kak uda xtepon pon, kak uda akan mesej mak. :) mak jawab tau. sayang mak.
kalau kak uda kt umah, time malam-malam lepas maghrib kita selalu tgok tv sama-sama sambil berlengkar. so sebagai anak perempuan bongsu yang manja kak uda selalu nak baring kat riba mak. hehe. baring dekat-dekat menempel bawah ketiak mak. sorilah mak, tu sebab kak uda nak lepaskan gian pasal dulu xde kesempatan nak dok dekat-dekat dengan mak.
mak suka bagitau ending cerita-cerita kat TV yang mak dah tgok. even adik pon setuju dengan kak uda. hehe. xpe kak uda xkesah. kak uda suka dengar mak bagi komen-komen mak time tgok berita or even drama slot akasia petang-petang tu. bila kak uda baru nak tertarik dan tertanya-tanya babak seterusnya, mak terus bagitau ‘jap lagi hero dia derma hati dia kat budak tu, lepas tu mati’ oh omak den. I love U so much!!!
to be continue…
No comments:
Post a Comment