Wednesday, December 28, 2011
Thursday, September 22, 2011
design thesis!
akhirnya, sampai jgk tahun akhir. mahu tak nye, nk extent lagi? xsedo2 diri tu dah tua?
and yesterday was the day i presented it to the internal panel (after almost 1 year i didn't did that!) then... the proposal was approved and green light to proceed!
Alhamdulillah~ time to work double-triple hard! or might as well i proceed the thesis with the intention to continue master?
should i?
Monday, January 17, 2011
abang and angah (continue…)
Abang,
sejak bila la kak uda panggil abang; along ek? kak uda pon konfius. dulu masa kecik-kecik orang panggil angah – angah, alang – alang, pastu kak uda orang panggik Nana pulak. terus xpuas hati. nak jugak orang panggil dengan nama gelaran tu. sekarang abah ngn alang je kengkadang panggil kak uda Nana. abang pon dulu orang panggil abg me, kak uda tertanya-tanya gak kenapa xpanggil ‘Along’ je. kan molek. baru la lengkap. kalau abang perasan kak uda kengkadang mesej abang kak uda either tulis ‘along’ or ‘abg’. terasa janggal pulak nak panggil abg as abg me. and kalau abang perasan jugak, sebenarnya abgchik ngn angah pon macam tu jugak. hehe. kesian kitorag. lepas nih, panggil abg – abang je lah. kalau tersasul jadi along tu, terima je lah.
teringat ada satu babak ketika dalam kereta abg dulu, xde la dulu sgt, ada la 1-2 tahun lepas. time abg baru nk bukak kedai tu. kak uda tanya, ‘kalau abg boleh patah balik masa abg nk buat ape?’ abg jawab, ‘kalau boleh patah balik masa, abg nk bukak CC tu awal-awal lagi’ lebih kurang macam tu la abang jawab. relaks lah bang, sekarang pun abg bukanlah tua sgt pon. baru 30-an. perut maintain lagi. senyuman masih manis. kak uda doakan abang punya perniagaan berjalan lancar dan maju hendaknya.
kak uda rasa kita xde la rapat sgt masa kak uda sekolah rendah n sekolah menengah. sbb masa kak uda sekolah rendah abg dah masuk asrama, pastu bila kak uda sekolah menengah abg dah ada keluarga sendiri. rasanya, lepas henpon mula wujud dan glamor kat Malaysia nih baru la kita sms-sms. kan? (teringt henpon alcatel alang. yang boleh tukar lampu screen dia jadi biru, kuning n pink tu, time tu itu dah kira maju dah tu. sekarang henpon abg la yang maju, kak uda xkesah sgt.) ngeh3.
btw, kak uda doakan abg bahagia dgn hidup abg sekarang. pasal ape2 yg xbest antara kita dulu tu, I’m sooo sorry. ok? ampunkan patik. sayang abg.
(abang n alang)
Angah,
sayang agh, my only sister. (I mean, kakak kandung!) hehe… banyak kenangan dgn agh. rasanya kak uda banyak spend masa dengan agh berbanding dgn yang lain. masa sekolah dulu surat agh adalah benda yang kak uda nanti-nantikan setiap minggu. boleh kata lepas je pass surat kat prefect lepas perhimpunan pagi kak uda akan mula mengunjungi office seminggu kemudian nk collect reply dr agh.
banyak luahan perasaan dalam surat2 tu kan? angah still simpan ke surat2 kak uda kat angah? kalau ada, sorok la kt mana2 bg kak uda xjumpa. terasa segan nk baca balik kalau terjumpa. mcm2 cerita n sejarah dlm surat2 tu. kan?
hehe… sekarang, ntah mana ntah surat2 yang angah kirim kt kak uda dulu tu. huhu, sebelum pindah rumah aritu kak uda ingt lagi lokasi dia. tapi sebab time pindah n demolition rumah tu kak uda xde, so kak uda da lost contact ngn surat2 tu. ampun… tapi, kak uda akan ingt kenangan surat menyurat kita sampai tua. terima kasih kt POS Malaysia sebab menghubungkan kita time tu. ngeh3.
then, lepas angah ada henpon 310 dengan sim card rm120 tu kak uda mula rajin nk tepon angah kt public phone dekat dengan dewan makan skolah kak uda lepas prep class. sanggup beratur panjang. no. henpon angah ialah nombor henpon pertama yang kak uda hafal. even sampai sekarang. (no phone mak pon kak uda conpius lagi sampai sekarang) thanks to NOKIA and MAXIS. lol
angah ingat x kak uda pernah mintak angah belikan buku harry potter dulu? hehe… naïve kan? comel kan? sori2… itulah kan, masa mematangkan kita, bukan menuakan kita. bila fikir balik. seriously, sgtlah lawaknya kisah itu. lets just laugh it off..
sekarang, angah still the best sis ever. tempat mengadu, tempat bertanya soalan, tempat mendapatkan sokongan/bantuan kewangan, tempat meluahkan perasaan etc2. love u so much! dan maaf banyak2 masa kak uda call angah pukul 6 pagi suatu masa itu (yes, that time!) buat angah cuak. time tu mmg kak uda dah kt abyss depression dah. haha… ampun! thanks for being there, thanks for ur support up to this time. lets continue to support each other in the future as well. for the happiness and the worse. love u.
to be continue…
Sunday, January 16, 2011
of 24, abah and mak.
Abah,
Sayang abah. kak uda ingat lagi time kecik dulu kalau kak uda demam sure abah riba kak uda. sekarang, nak duduk kat riba abah? mahu patah kaki abah nanti.
Terima kasih sebab jaga kak uda, layan kehendak kak uda time kak uda belaja jauh dulu. kesian abah, nk kena datang jauh-jauh dari Tg Karang ke SP semata-mata sebab kak uda nk balik hujung tahun, konon barang banyak dan xde tempat nk simpan. tapi, sebenarnya kak uda yang xberapa panjang akal lagi time tu. boleh je kalau nk tumpang rumah kawan. al-maklumlah, masa tu baru tingkatan 1, jadi ampunkanlah ketidakmatangan kak uda ketika itu.
dulu terasa abah sangat garang, tengok misai putih abah je dah gerun, apatah lagi nak mintak macam-macam. tapi sekarang bila dah besar, kita dah boleh sembang-sembang pasal isu semasa kat kampung. walau kak uda tak kenal pakcik-pakcik yang abah sebut tu, tapi kak uda ye kan jugak. tanda kak uda paham jalan cerita dan watak-watak tersebut, cuma kak uda xberapa kenal orang kampung kita.
bila abah tanya bila kak uda nak abes belajar dan kak uda jawab lagi setahun setengah, abah kata ‘lambat lagi…’ ye bah, lambat lagi. tapi, kak uda tengah berusaha. kak uda pon xnk belajar lama-lama. nak gak merasa duit hasil kerja sendiri.
haish… bila lah…
Mak,
Sayang mak. terima kasih sebab lahirkan kak uda. terasa kak uda kurang sangat dok bawak ketiak mak. yelah. time baru nak kenal dunia dah terpaksa pegi belajar jauh-jauh. lama pulak tuh. lebih kurang 7 tahun kan? lepas tu masuk U pulak. even U yang dekat kak uda jarang balik cuti semester. ntah sapalah buat silibus kat jabatan tuh. time cuti semester macam-macam hal dia nak buat. Short Sem lah, latihan industri lah..
tapi tulah. bila kak uda dengar somewhere yang kata ‘kalau anda buat ibu/bapa anda telefon anda maksudnya anda dah jadi anak yang derhaka sebab jarang telefon mak ayah anda.’ so kak uda pon cakap lah kat mak, ‘mak jangan telefon kak uda tau, biar kak uda yang telefon mak. kak uda tak nak jadi anak derhaka.’ kak uda cakap macam tuh kat mak lebih kurang 3 tahun lepas kot. then lepas tu kak uda boleh kira berapa kali mak telefon kak uda. nak kata kak uda rajin telefon mak tu xde la jugak. sebulan ade lah dalam 3-4 kali kot. xpe, lepas nih, even kak uda xtepon pon, kak uda akan mesej mak. :) mak jawab tau. sayang mak.
kalau kak uda kt umah, time malam-malam lepas maghrib kita selalu tgok tv sama-sama sambil berlengkar. so sebagai anak perempuan bongsu yang manja kak uda selalu nak baring kat riba mak. hehe. baring dekat-dekat menempel bawah ketiak mak. sorilah mak, tu sebab kak uda nak lepaskan gian pasal dulu xde kesempatan nak dok dekat-dekat dengan mak.
mak suka bagitau ending cerita-cerita kat TV yang mak dah tgok. even adik pon setuju dengan kak uda. hehe. xpe kak uda xkesah. kak uda suka dengar mak bagi komen-komen mak time tgok berita or even drama slot akasia petang-petang tu. bila kak uda baru nak tertarik dan tertanya-tanya babak seterusnya, mak terus bagitau ‘jap lagi hero dia derma hati dia kat budak tu, lepas tu mati’ oh omak den. I love U so much!!!
to be continue…